Tuesday, August 26, 2014

Cookies ala Famous Amos!!

Assalamualaikum wbt

Pagi tadi explore phone's photo album. Delete mana yang patut, nak kurangkan memory usage katanya..hihi. Terjumpa pula pic kukis ala famous amos ni. Cuba sebelum raya yang lalu. Ehhh.. baru teringat. Belum di 'bookmark' dan disimpan didalam blog. Iskk.. resepi sedap rugi kalau tak simpan. Lainlah kalau hari-hari buat bolehlah ingat. Ni cuba setahun sekali je kot? hehe

Saja nak cuba cookies yang berperisa coklat. Sebab tahu kat rumah ni semua hantu coklat. Yang paling famous masa raya ialah Almond London. Teringin nak buat, tapi cara buatnya boleh tahan juga renyahnya. Baik buat ala-ala famous amos. Ceduk je guna sudu. Tak pun gentel bulat-bulat. Haa, jimat masa, mudah dan sedap!!

Resepi asal ku peroleh dari belog Kak Azie. Boleh dikatakan saya suka cuba resepi dari belog beliau (selain kak Madihaa, dan Kak Ita Masam Manis). Otai-otai masakan pujaan iolsss tau.. Hikhik. 

Jom semak resepi. Untuk simpanan sendiri, dan dikongsi untuk dicuba oleh rakan-rakan di luar sana juga. Budak kecik suka sangat makan kukis coklat ni. Hafiey pun gemar. Lepas satu, satu dimakannya. Antara yang terlaris di hari raya =)

RESEPI COOKIES ALA FAMOUS AMOS
Sumber Asal: Azie Kitchen
Olahan: Rynahakimi

Bahan A

  • 1/4 cawan gula kastor
  • 1/2 cawan gula perang
  • 1/2 cawan mentega (~+75 gm)
  • 1/2 cawan minyak jagung
  • 1 biji telur gred B
  • 1/4 sk garam
  • 1/2 sb susu segar @ susu tepung
  • 1/2 sk vanilla extract

Bahan B

  • 2 cawan tepung gandum (di ayak)
  • 1 sb serbuk koko (di ayak)
  • 1 sb tepung jagung (di ayak)
  • 1/2 sk cream of tartar Nona (boleh ganti dg 1/2 sk cuka/ jus lemon)
  • 1/2 sk soda bikarbonat
  • 1/2 cawan walnut cincang/almond nib (saya tambah serbuk hazelnut sbg ganti walnut)
  • 1 cawan semi sweet chocolate chips

Cara cara:

  1. Satukan kesemua bahan A ke dalam mangkuk besar. Satukan sehingga sebati dengan menggunakan whisk. 
  2. Ayakkan tepung gandum bersama serbuk koko, tepung jagung, soda bikarbanat dan serbuk cream of tartar. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi. Kacau dengan menggunakan spatula. Lepas tu, masukkan walnut dan chocolate chips. Adunan agak lembik.
  3. Sudukan atau boleh menggunakan tangan bulat bulat ke dalam loyang. Jarak jarakkan kerana biskut akan mengembang. Loyang tak perlu dilenser mentega pun.
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160C selama 15-20 minit. Saya bakar selama 20 minit. Angkat dan sejukkan di atas jaring.

Nota:

1) Resepi asal guna 1 cawan gula kaster dan 1 cawan gula perang. Jika tak suka manis, boleh guna 3/4 cawan gula halus + 3/4 cawan gula perang sahaja (untuk adunan penuh yang menghasilkan 100 biji)

2) Tips utk dpt kan cookies yang tak terlalu rapuh - tambahkan tepung jagung ikut kesesuaian keras adunan 

3) Untuk cookies yang bentuknya cantik dan tidak leper/merebak - selepas siap mengadun masukkan dalam fridge 30 minit, selepas tu boleh disudukan ke dalam dulang pembakar atau guna tangan, juga in between membakar simpan adunan dalam fridge supaya adunan tidak cair.
 ----------------------------------------------------------------------------------

Resepi & petua ini dikongsi oleh Kak Azie di belog beliau *LINK*. Ada gambar step by step lagi. Thanks kak Azie share resepi yang best ni. Boleh cuba bila-bila masa, tak semestinya waktu raya sahaja. Buat kudap-kudapan semasa tonton TV pun boleh. Pastu kalau gemukss jangan banyak cekadak.. kikiki

Bye.. jumpa lagi ya ;)

RYNAHAKIMI

No comments:

Klik-klik

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...