Hari ni gigih pulak update blog..hahahha.. Jangan marathon sudah.. Dah macam takde keje lain nak dibuatnye kan.. hihih
Tadi delete gamabr-gambar yang tak perlu dalam camera. Terjumpa gambar puding roti marble yang marvelous ni. Kalau tak silap resipi asal amik dari blog kak Hana. Tapi ramai juga blogger2 lain duk tayang gambar puding ni. So, teringin la pulak nak cuba kan.
Pernah sekali buat masa bulan puasa hari tu. memang sedap dimakan semasa sejuk. Macam biasa la, buat banyak. Tapi banyak diagih2kan kepada jiran tetangga.. Sesekali bertukar-tukar makanan best juga, tambah bila bosan dengan masakan sendiri..hihihi. *normal la tewww =P*
Puding yang dua biji ni aku buat masa majlis kesyukuran pada raya ke4 hari tu. Sempena majlis menyambut menantu, isteri kepada abangku yang no2. Dah taktau apa nak sponsor, buat puding pon bolehla ye..eheh
Ni pula pengantinnya.. Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar walaupun serba sederhana.
Jom kongsi resepi puding yang sedap ni. Boleh la dicuba bila ada majlis makan-makan akan datang.. hehe. Makan aje yang diingatnya..kuikui...
RESEPI PUDING ROTI MARBLE COKLAT
Resepi Asal: Blog Hanamemories
Bahan-bahan
- 4 keping roti
- 2 biji telur
- 1/2 cawan susu pekat manis
- 170ml susu cair
- 10gram serbuk agar2/ 1 paket
- 1/2 cawan gula (boleh kurangkan)
- 2sb butter/marjerin (cairkan)
- 3 1/2 cawan air
- 2 sb serbuk koko/coklat emulco
- Didihkan 3 cawan air, serbuk agar2 dan gula dalam periuk.
- Blend roti, telur, susu pekat, susu cair, dan 1/2 cawan air. Kemudian masukkan ke dalam periuk agar2 yang sudah mendidih tadi.
- Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih lagi. matikan api
- Bahagikan kepada dua bahagian, coklat dan bancuhan original
- Ambil sesenduk adunan putih,, masukkan ke dalam loyang. Lepas tu tuang sesenduk adunan coklat atas adunan putih tadi.. Buat secara selang seli sehingga kedua2 adunan habis.
- Simpan dalam peti sejuk
- Bolehlah dipotong dan dihidangkan :)
Inilah rupanya setelah dipotong-potong :) |
Sekian untuk kali ini.. Karang kalo rajin update lagi..hikhik.. babai :)
RynaHakimi
4 comments:
sedapnya..sy buat mesti x jadi dia punya marble tu.. huhuh
@Rizziela
Salah cara kot..mula dari tengah2 loyang, kompem jadik..hihi
pengantin sama cantik sama padan..
puding marble pun marvellous.. konfem sedap..
@cik atie
majlis buat simple2 aje..hihi.. puding tu sedap, tapi nak makan banyak risau sbb berlemak.hihi
Post a Comment