Last update masa 6 Ramadhan yang lalu. Hihi.. Seminggu sekali update ye. Nak share resepi semalam. Pagi-pagi lagi lepas sahur dah tung tang tung tang kat dapur nak siapkan kuih pulut sekaya ni. Ada jugak yang panggil kuih seri kaya. Mana-mana je lah. Benda sama je.. hihi
Resepi asal diceduk dari belog Puan Fatihah, LINK. Dah ikut sebijik resepi dia, tapi apakan daya dek kesilapan teknikal terhasillah sekaya pulut yang lembik nih. Gas habis, pulut terendam lebih daripada 4 jam dalam santan tu. Hehe
Abaikan pulut yang senget menget tu..haha |
Iftar semalam. Resepi NASI KERABU DI SINI |
RESEPI PULUT SEKAYA
Bahan-bahan
- 5 biji telur
- 1 1/2 cawan beras pulut
- 1 cawan santan pekat
- 2 keping gula melaka/nise
- 2 helai daun pandan
- Secubit garam
- Basuh dan toskan beras pulut. Rendam 2-3 jam. Aku rendam semalaman
- Kemudian, masukkan beras ke dalam loyang bersama-sama santan pekat+garam. Pastikan beras tenggelam dalam santan. Jika kurang santan, tambah sedikit air
- Kukus hingga masak (anggaran 15-20min)
- Kemudian, tekan-tekan pulut di dalam loyang hingga mampat dan rata. Taburkan sedikit tepung gandum di atasnya
- Untuk bahagian atas, masak gula melaka/nise dengan sedikit air dan simpulan daun pandan hingga cair. Dalam bekas lain, pukul telur hingga sebati. Bila gula melaka dah sejuk, campurkan ke dalam bekas telur tadi.
- Masukkan bahan no 5 ke dalam loyang berisi pulut tadi.
- Kukus lagi selama 20-25 minit sehingga betul-betul masak.
- Siap dan boleh dihidangkan.
RynaHakimi
No comments:
Post a Comment