Wednesday, July 24, 2013

Iftar 14 Ramadhan

Assalamualaikum..

Dah siap masak juadah berbuka hari ni?? Ehem2, bulan pose ni selera macam2.. nak makan yang sedap2 aje. Habisnye tidak..hisyy..tak baik membazir (peringatan untuk diri sendiri juga)

Sementara menunggu waktu berbuka, sempatlah update belog ni kejap. Semalam kitorang ber 'kerabu' ulam raja, leftover ulam yang tak habis kelmarin. Daripada dibuang, ada baiknya kita pelbagaikan menu. Encik kimiey jangan haraplah nak makan ulam macam tu je.. Kalo makeover baru laju sikit dia makan. huhu

Untuk simpanan sendiri, haruslah resepi ditempek di sini. hehe.. Pastinya sebagai rujukan pada masa hadapan. Aicehhh..

Resepi Kerabu Ulam Raja
Sumber: Mamawandihaa

Bahan-bahan
- 1 ikat daun ulam raja/daun selom
- Sedikit kelapa parut putih
-1 labu bawang besar-mayang
-6-8 biji cilipadi
-Sejemput ikan bilis mentah
- 1 biji asam limau
-Sedkit belacan
-Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara
1. Hiris ulam raja halus2, dan ketepikan.
2. Tumbuk cilipadi hingga lumat, kemudian masukkan belacan, kelapa dan ikan bilis. Tumbuk lagi hingga sebati (kelapa tak perlu terlalu hancur).
3. Masukkan semua bahan2, termasuk item no.2 ke dalam bekas berisi ulam raja yang sudah dihiris halus.
4.Gaul sebati, dan perasakan masam, manis masin kerabu (okeh, pose takleh testing..hehe)
5. Bolehlah dihidangkan.

* aku tambah isi ikan rebus.. pon sodap :)

Yang bawah ni pula masak lemak cilipadi ayam. Sepatutnya telur itik yang menjadi penghuni mangkuk itu..Haha.. Dek kerana telur itik dah tak berapa elok, terpaksa la guna back up plan. Ayam pun ayam la.. Walaupun jarang sangat kitorang makan lauk ni.

Sekian dulu repekan di petang hari.. Nak minum air apa ek hari ni?? teh o ais best juga.. nyum3.. Masa untuk membancuh teh o beng!! babai =)

RynaHakimi

2 comments:

Rizziela said...

sedapnya ulam raja ni.....teringin nak buat..tapi makannya sorang ajer

RynaHakimi said...

@Rizziela
Ratah macam tu je..kejap je habis.hehe

Klik-klik

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...