Korang ingat aku makan hati berulam jantung ke??? Ehh..takla...aku makan hati berulam ayam goreng je.. ekeke.. *mcm orang tak betol lak aku rase =)*
Tu menu semalam, sedap jugak buh daun limau tu.. Perap hati lembu ngn garam, kunyit, bawang putih dan halia selama 1/2 jam.. Pastu goreng seketika.. Then, tumis bawang putih hingga naik bau.. Masukkan sos tiram, sos manis, daunlimau purut dicarik2, garam dan perasa.. Masukan jugak hati yg dah digoreng tadi.. Bila kuah hampir kering, masukkan kacang panjang, cili merah dan bawang merah.. Kacau lagi hingga sayur layu..Siap!!
Wah, resepi express..hehe.. Sebenarnya duk kalut ni.. tengah prepare apa yang patut untuk projek esok..ngeh3.. Hubby suh masak untuk 30 orang staff ofis beliau.. Cuak tak?? Hoho..aku tak penah masak banyak2 weh.. Tolong mak aku berniaga kat kedai tu memang la pernah, tapi yang masak2 my mom la.. Takut tak sedap je..eheee.. Nasi berlauk ikan tongkol.. Maunya berpeluh2 ketiak aku nak siapkan tempahan ni.. =P
1 comment:
jantung pisangnya ada kat sini la.. hehe bahagia hati2 tu dgn dedaun limau ya ;)
Post a Comment