Monday, June 6, 2011

Laksa Lemak My Style

Laksa Lemak

Selamat hari ahad semua!!! cehhh..baik punya greeting.. hehe.. Apa aktiviti korang hari ni?? Kat Melaka hari ni mendung je.. Hajatnya nak basuh baju sebakul tu, tapi kensel la takut hujan pula nanti.. Esok je la buat kerja2 dobi..ekeke.. 

Pagi2 lagi pergi pasar, cari ramuan nak buat laksa.. Sebab kami ni tekak kelate, so kami decide nak masak laksa lemak aka laksa kelate nih.. Hmm, takla spesifik untuk Kelantan je.. Kat Terengganu ia dikenali sebagai laksa terengganu.. So, laksa ni universal sebenarnya.. yang pasti, rasanya sama iaitu belemak dan sedap giler..hehe

Kat Melaka jarang jumpa laksa lemak ni.. laksa penang/utara tu selalu sangat orang jual.. Kat pasar malam berlambak.. Tapi laksa lemak ni memang payah nak jumpa.. jadi kalau nak makan terpaksala masak sendiri ye.. Untuk laksanya, aku guna laksa segera cap orang kampung.. Murah je, RM1.70 sepeket.. banyak plak tu bila dah rebus, anggaran 5-6 orang makan..

Laksa kering cap orang kampung

Okeh, untuk resepinya pula.. Meh nak kongsi ramuan turun temurun..ececehhh..bajet pandai je kan.. Tapi rasanya memang sedap, setanding dengan yang aku selalu makan kat Kelate la.. Untuk tekak korang, korang adjust la sendiri ye.. hehe

RESEPI KUAH LAKSA LEMAK

Bahan2

  • 1/2 kg ikan kembung/selayang segar
  • 1 kotak santan
  • 3 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inchi halia 
  • 1 inci lengkuas
  • 1-2 btg serai
  • 2 sudu kerisik
  • lada hitam-tumbuk
  • 5-6 keping asam keping 
  • Air secukupnya 
  • Garam dan gula
 
    Bahan ulam/ lain2
    • Daun kesum, timun, taugeh, bunga kantan, kacang panjang dll 
    • Sambal belacan, telur rebus

    Cara2
    1. Rebus ikan yang telah dibersihkan dengan menggunakan asam keping dan garam.. Kemudian ambil isinya.. Pastikan tulang dibuang ye, kang tercekik plak..=P
    2. Masukkan santan dalam periuk beserta sedikit air (kalau nak kuah cair, tambah air)..
    3. Dengan menggunakan santan tadi, kisar bawang besar, halia, serai, lengkuas, bawang putih, ikan dan kerisik hingga lumat..*satukan je semua, senang khoje..huhu*
    4. Tumbuk lada hitam hingga lumat.. Kemudian, kacau dalam sedikit air.. Tapis air tu ke dalam periuk..Tujuan tapis tu untuk mengelakkan kuah kehitaman akibat lebihan lada hitam yang tak hancur.
    5. Atas api sederhana, masak kuah laksa tadi..Masukkan garam, asam keping dan garam..(asam keping rebusan ikan tadi jgn dibuang, boleh masukkan dalam kuah ni)

    in the making...
         6.  Biarkan menggelegak dan kacau supaya kuah masak rata.. Rasakan kuah..
         7. Siap!!

    Siap!!

    Oh ye, laksa peket u rebus la sampai kembang ye.. Pastu toskan airnya...Senang je nak membuatnya.. Cuma renyah sket bila nak kena rebus ikan dulu, ambik isi, blend dll.. .Tapi berkat bantuan assistant iaitu encit suami, segala kerja menjadi mudah.. Yeahhh!! wonderpet!! Haha.. tiba2 teringat lagu wonderpet..'kami tak besar dan kami tak kuat..bila bekerjasama semua jadi mudah'.. huhuhu

    Laksa ni memang sedap bila makan dengan kuah banjir.. Plus ada sambal belacan, perghhhh..terangkat.. 

    Ni aku punye, sambal lebih.. heheh

    Sebab laksa tu banyak sangat, kami hulur sikit laksa ni kat mak cik sebelah.. Bolehla sama2 merasa kan.. Sekarang ni kan musim kenduri, so mesti muak asyik makan nasik minyak je... Ubah angin la pulak makan laksa ni.. hehe..

    Nanti minggu depan bolehla masak laksa utara pulak.. *kalau rajin la..huhu*.. Stop dulu.. babaiii (^_^)

    4 comments:

    nur easy said...

    super rajinlah kamu ;)

    RynaHakimi said...

    isk..mane ade rajin..hari ni lunch memang makan laksa je..tak makan nasi..ehee..same je ;)

    -Sara- said...

    ryna ni kaki masak betollah..jeles sara ngn org terer masak2 nii..hehe

    RynaHakimi said...

    @Sara
    Takdela terer mane pon sara.. kalau setakat cuba2 tu bleh la.. lagipon lame dah teringin nak makan laksa ni =)

      Klik-klik

      LinkWithin

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...