Monday, January 31, 2011

Nasi Lomak Sambal Paru (^_^)

Hari ni berkobar2 nak masak nasi lemak nih. Dah lama nak buat, tapi asyik tertangguh. Kononnya sebab tak beli kacang tanah untuk mkn dengan nasi lemak. Sekali bila dah beli, lupa pulak nak gorengnya. Haha..hampeh..dah abis makan baru teringat. 'Eh, lupa plak nak goreng kacang tadi..'. Encik suami bantai gelak. katanya " beriya2 pegi supermarket cari kacang, boleh pulak lupa ye"..Nak wat cemane, kalut punya pasal. Pukul 9am start masak. Pukul 10.30 hubby kena gi meeting. Kena masak dengan sepantas kilat.hoho

Nasi Lemak n the gang

Nasi lemak ni special sket sebab guna daun limau purut. Dapat ilham masa intai2 dapur kak Hana hari tu..Nampak sodap jo..teringin den..hehe.Memang sedap pun. Untuk resepi, aku kopipes resepi Kak Hana je. Same step je. Takut rasa lari..hehe..Mintak izin ye Kak hana nak tepek resepi ni. Yang kak hana buat memang lagi cun la..tengok kat sini ye (^_^)

RESEPI NASI LEMAK LIMAU PURUT
Resepi Asal: HaNa's Family

Bahan-bahan
  • 2 cawan beras
  • 2 cawan santan cair @ ikut sukatan air beras masing-masing
  • 4-5 helai daun limau purut
  • 1 batang serai - diketuk - x letak hana ganti halia dan halba
  • sedikit garam
Cara-cara
  • Cuci beras bersih-bersih dan masukkan dalam rice cooker/periuk.
  • Masukkan santan, daun limau purut, serai dan sedikit garam. Kacau sebati.
  • Masak seperti nasi biasa sehingga masak. Bila dah masak, balik-balikkan sikit permukaan nasi agar berderai.
  • Siap dan sedia untuk dihidangkan dengan sambal bilis, telur rebus atau lauk pilihan mengikut selera.

Okey, untuk resepi sambal paru pulak, guna resepi ibunda tercinta. Sama je dengan step untuk sambal ikan bilis. Cuma paru tu kena rebus dulu sebelum goreng. Senang nak hirisnya nanti. Jom semak resepinya pulak.

Bahan-bahan
  • 200gm paru (rebus dengan halia+bawang putih)
  • 3 s.b ciliboh (cili kering kisar lagi sedap)
  • 1 labu Bawang besar- hiris bulat2
  • Sedikit jus asam jawa
  • Gula melaka mengikut citarasa
  • garam secukup rasa.
  • minyak untuk menumis.
Bahan Tumis
  • bawang besar 1 labu-kisar/tumbuk
  • bawang putih 3 ulas-kisar/tumbuk
  • 2cm halia-tumbuk/kisar
  • Sedikit Belacan-kisar/tumbuk

Cara-cara

  1. Goreng paru rebus yang telah dihiris nipis2 hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Minyak tumis jika ada lebihan jangan di buang boleh di gunakan untuk menumis sambalnya. Kalau minyak tumis tu kurang tambah sedikit.
  3. Tumis bahan kisar/tumbuk hingga garing/naik bau. Kemudian masukkan ciliboh/cili kering kisar. Tumis lagi hingga pecah minyak.
  4. Masukkan gula melaka, air asam jawa serta garam secukup rasa
  5. Bila kuah hampir pekat, masukkan bawang besar dan paru. Masak hingga bawang layu dan kuah pekat.
  6. Siap!!
Ish2, express sungguh masak. Wat entry ni pun express jugak sebab nak bersiap ke Jasin teman encik Suami gi majlis perasmian hape ntah. Ikut jela..sambil jalan2..duk umah pon boring gak kan. Okeh, harus stop..babaiii.. 

6 comments:

nur easy said...

nak nak nak.. hehe..

Wan Ryna said...

@nur easy
nah, amik tupperware dpan pintu..sy dah pos.hehe

~Norul Mas Hana ~ said...

Assalamualaikum wan ryna,
teringin plak rasa nak mkn sambal paru..dah lama tak pekena..hhehe

Wan Ryna said...

@Norul Mas Hana
Walaikumussalam
tula, sy pun dah lama tak makn..tu yang teringin tu..terus buat.huhu..boring asyik mkn sambal ikan bilis je

DaK CoMoT said...

sedappnyeee...mintak cket..nakkkk..laparlaa tengok...ngeeeee

Wan Ryna said...

@Dak comot
ala..dah abis la..nape tak mintak semalam..hehe

Klik-klik

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...