Thursday, December 9, 2010

.::Saya Sayang Suami Saya::.

Saya sayang suami saya..Ya, itu yang hatiku ingin luahkan. Semua wanita di luar sana impikan kehidupan yang bahagia bersama suami yang tercinta. Aku pun begitu. Diri ini banyak kekurangan, tapi abang ternyata menerima diri ini seadanya. Tetap menyayangi, menyinta, malah menyanjungi diri ini. Di kala diriku rasa hampa dan hampir tersungkur, abang tetap memberi semangat dan kata-kata yang penuh hikmah untukku renungi. Di kala diri ini merajuk, abang tak jemu-jemu memujuk dan membelai jiwa ini. Jika difikirkan, tak semua lelaki mampu melayan kerenah wanita. Ada sesetengah pasangan yang berantakan semata-mata kurang komunikasi dan toleransi di dalam perhubungan. Walaupun usia perkahwinan kita masih muda dan pelayaran yang baru bermula, sayang harap kasih sayang kita berkekalan. Abang memang lain. Tiada kata yang boleh mentafsir dirimu. Abang penyabar, romantis (kadang2..hehe), kelakar, tabah dan bertanggungjawab. Walaupun kadang-kadang diri ini memberontak, abang tetap senyum. Memahami hati nuraniku. Bahkan berusaha untuk membuatku tersenyum. Dan ternyata diri ini tersenyum dengan gurauan dan usikanmu. Abang selalu memuji diri ini. Walaupun diri ini kerapkali mengeluh dengan kekurangan yang dimiliki. Abang kata, sayanglah wanita terhebat yang pernah abang miliki dan cintai. Sejuk rasa hati ini. Dan tak mustahil wanita di luar sana turut dambakan pujian dan kata-kata romantis dari sang suami. Abang tak pernah marah. Walau apapun kesilapan yang sayang lakukan, abang tetap maafkan sayang. Bahkan kerap menasihati sayang agar tidak mengulangi kesilapan yang sama. Begitu penyabarnya diri abang. Walau sesibuk mana pun abang di pejabat, abang tetap luangkan masa untuk sms sayang, walau sekadar bertanya "tengah watpe tu??". So sweet..Abang sentiasa menyemarakkan api cinta di antara kita.

My Hubby
My hubby
My hubby jugak..huhu
Namun, lautan mana yang tidak bergelora dan dilanda badai. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula sebuah perkahwinan. Kadang-kadang mungkin ada perkara yang mengganggu fikiran kita. Alhamdulillah, kita mampu harunginya dengan tabah, sabar dan penuh rasa redha. Abang selalu didik sayang untuk muhasabah diri ini. Sayang bangga dengan abang. Jika abang rasa diri abang keseorangan, tiada yang menyayangi, ingatlah bahawa sayang sentiasa ada di sisi abang. Di kala suka mahu pun duka. Selagi hayat dikandung badan, sayang akan tetap menyayangi abang. Sayang sanggup korbankan jiwa dan raga sayang untuk abang, suami ku yang tercinta. I LOVE YOU SO MUCH!!

No comments:

Klik-klik

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...