Wednesday, July 6, 2011

Kuih lopat tikey (lompat tikam)

 

Misi dah berjaya, yeay!! heheh.. Buat kuih ni semata2 sebab opismate encik suami tempah.. Kalau tak, hagham aku nak mencuba.. Ni bukan kuih kegemaran aku n suami..kureng sikit makan kuih ni.. Nak buatnya takla susah mane pon..cuma renyah sikit sebab banyak kombinasinya..hehe


Intai2 resepi ni kat internet.. rata2 buat kuih ni macam masak kuih talam.. Not kelantan style.. So, godek2, akhirnya jumpa la resepi yang melekat di hati..hehe..boleh tengok kat blog fzmenu..

Ada juga step yang aku olah sikit.. Sebab nak pastikan adunan hijau tu betul2 keras dan boleh dipotong.. so, kena lebihkan tepung beras la.. ada mcm2 kaedah.. Ada yang suka tepung hijau yang lembik..aku lebih suka masak biar keras.. senang nak makannya nanti..Aku tak masak adunan ni dalam kuali ikut cara Fz..tapi aku kukus je terus..hasilnya sama je..terpulangla pd tahap kerajinan masing2..hehe..

Okeh, meh tengok resepi..


RESEPI LOMPAT TIKAM

Sumber asal: Fzmenu
Olahan: RynaHakimi


a. Adunan Tepung  Hijau
  • 2 cwn tepung beras
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • 3 cwn santan cair (1/2 biji kelapa)
  • 1cawan air tapisan pandan dan pewarna hijau
  • 1 sudu teh air kapur
  • sedikit garam

b. Santan pekat
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 3 cwn santan pekat
  • 1 sudu teh garam
 c. Pulut merah
  • 1 1/2 cawan beras pulut (rendam pewarna merah selama 2 jam)
  • 1 cawan santan cair
  • Simpulan daun pandan

d.Air Gula Melaka
  • 2 ketul gula melaka
  • Air secukupnya
  • 1 helai daun pandan - disimpul
Cara-cara

Adunan Hijau
  1. Panaskan kukusan dan sapukan marjerin pada loyang
  2. Campurkan semua bahan  a dan tapiskan.
  3. Masak adunan diatas api seketika. Tuangkan kedlm loyang dan kukus selama 30 minit (aku guna loyang besar punyee)
sebelum dikukus
     4.Bila dah masak, ketepikan.

dah siap dikukus


Santan pekat
  1. Campurkan semua bahan b dan kacau sebati
  2. Masak adunan diatas api bersama2 daun pandan dan sedikit garam.
  3. Masak hingga likat

Pulut merah
  1.  Bersihkan beras dan rendam dalam air campuran pewarna merah selama 2 jam.
  2. Panaskan pengukus, kukus pulut hingga masak (anggaran 20 minit)

     3. Kemudian, keluarkan pulut dan gaul pula dengan santan cair..


      4. Kukus lagi hingga masak (15-20minit)


Air Gula Melaka
  • Masak semua bahan sehingga mendidih.
  • Tapis dan hidangkan bersama kuih lompat tikam.
 
    Bila semuanya dah siap, satukan bahan2 di atas.. Amat sedap dimakan sejuk.. kalau tak nak terlalu manis dan berlemak, kurangkan santan dan air gula melaka tu ya =)

     

    InsyaAllah bulan Ramadhan nanti nak buat bisnes lompat tikam ni kecil-kecilan..tu pun kalau ade permintaan.. Buat ni pun kira free trial la dulu..hehe.. Okey, kpd kawan2..selamat mencuba ya  (^__^)


    12 comments:

    1. adeh.. tertikam selera nak rasa kuih sedap ni..hehe..nyum2

      ReplyDelete
    2. sedap, tapi manis sgt ez..sebab tu sy kureng suka..hehe..tapi best sebab ade pulut tu =)

      ReplyDelete
    3. @laskar pelangi
      mehla amik sikit..hehe ;)

      ReplyDelete
    4. lame ryna xupdate kan.. cuti lik kg kee? hehe :)

      ReplyDelete
    5. @sara
      ha'ah..balik kampung memang tak sempat nak hapdet la..ade je agenda nak dibuat..hehe..konon sibukla kan ;P

      ReplyDelete
    6. assalamualaikum kak ryna...kalau kuih ni sy suke makan pulut + putih + kuah gula melaka je. yg hijau tu kureng2 sikit. heheh...dah lama takk makan..kat sabah konfem takde kuih ni melainkan buat sendiri

      ReplyDelete
    7. @nuwairani
      betul3..kat melaka ni pon memang jangan la nak jumpa..kenala buat sendiri kalau nak makan..hehe..tapi berbaloi la, banyak..sampai tak habis makan.. =)

      ReplyDelete
    8. mesti sedap ni kan...kombinasi wana pun cantik,menggamit hati mahu mencoba..hehehe

      ReplyDelete
    9. @mommyYen
      nanti bolehla cuba..hehe..nampak mcm susah, tapi senang je sebenarnya.. =)

      ReplyDelete
    10. huhu..sedapnya..time puasa mesti ada kat bazar ramadhan..pasti beli kalau dah nampak.. ^_^

      ReplyDelete
    11. kak rina yang rajin dan pandai masak..nnt nk try buat gak sbb kueh feveret tu..=)

      ReplyDelete