Tuesday, December 28, 2010

Petua Rumahtangga Suami Isteri

Wah-wah, tajuk tak leh blah. Huhu..Saja nak letak entry ni. Rasa macam menarik je untuk dikongsi. Sumber dari rakan yang juga seorang isteri. Bagus untuk kebahagiaan pasangan suami isteri. Selamat membaca (^_^)

Masa terbaik berkomunikasi

Di kamar beradu

Cuba luahkan keinginan yang terpendam sewaktu anda dan pasangan berada di kamar. Ucapan manja sambil diselitkan dengan keinginan yang diimpikan itu sememangnya dapat direalisasikan ketika waktu kemuncak anda berdua.

Pulang dari tempat kerja

Saat pulang ke rumah berdua adalah masa paling sesuai untuk anda meluahkan pendapat dan keinginan yang belum dicapai itu. Sambil berkongsi penat bekerja, anda boleh menarik perhatiannya dengan bercerita tentang perkara yang terjadi sepanjang hari tersebut. Di samping itu, anda bolehlah menyelitkan beberapa perkara yang perlu diketahuinya.

Perkara yang perlu dilakukan pada lima tahun pertama perkahwinan

Kenal hobi pasangan

Sertai minatnya itu. Jangan sesekali menyekat pergaulan suami dengan rakan-rakannya. Luangkan masa menyertai acara atau aktiviti yang diminati pasangan. Pada masa yang sama, anda berpeluang menarik pasangan menyertai aktiviti yang anda minati.

Sikap berterus-terang

Sekiranya anda merasakan sesuatu yang berlaku atau tidak kena pada pasangan, jangan sesekali memendamkan perasaan itu. Berani berterus-terang dan jangan mudah berputus asa, sebaiknya cari jalan penyelesaian dengan baik.

Sentiasa berdoa

Memohon keberkatan daripada-Nya sedikit sebanyak dapat meredakan perasaan seseorang, di samping dapat memelihara keutuhan sesebuah rumah tangga. Jadi, anda dinasihati agar sentiasa memohon rahmat dan perlindungan daripada Allah s.w.t.

No comments:

Klik-klik

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...